Friday, January 15, 2010

:: Panggilan Ilahi ::

Hari ini sudah 15 hari pemergian arwah adik lelaki aku yang ke 4. Pemergian arwah cukup meninggalkan kesan pada keluarga lebih-lebih lagi emak yang rapat dengan arwah.Emak yang mulanya menyangka arwah yang cuma luka-luka biasa rupanya terlalu kritikal dan terpaksa mengharung kesakitan yang tak dapat kami gambarkan.Aku tak dapat bayangkan kesakitan arwah yang menanggung kesakitan dari pukul 12 tengahari selepas kemalangan hingga saat arwah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 11 malam.Hingga saat ini aku tak dapat lupakan keadaan arwah sebelum meninggal. Mujur aku balik awal dan hati aku memang tidak tenang selepas aku mendapat berita kemalangan arwah.

Penjelasan daripada doktor pada mulanya mengatakan arwah stabil dan hanya patah kaki dan tangan tetapi apabila setelah pemeriksaan lanjut dari doktor mengesahkan arwah mengalami pendarahan dalaman yang serius akibat tulang rusuk arwah patah dan menyebabkan hati dan limpa arwah rosak disamping kedua-dua kaki dan pergelangan tangan yang patah. Selepas mendengar penjelasan doktor kami sekeluarga tidak henti-henti berdoa agar arwah dapat diselamatkan walaupun kami tahu tiada harapan buat arwah.

Akhirnya doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang hati dan limpa arwah. Walaupun selepas selesai pembedahan doktor sekali lagi mengesahkan arwah tidak dapat bertahan lama dan mungkin tiada peluang untuk hidup.Arwah mengalami pendarahan dalaman yang serius dan organ dalamannya rosak. Emak hanya mampu menangis sambil mengirimkan bacaan yasin dan kalimah syahadah ditelinga arwah. Akhirnya pada pukul 11 malam arwah menghembuskan nafas terakhir disisi kami sekeluarga melainkan adik perempuan aku yang dalam perjalan dari Segamat. Sesungguhnya semuanya terlalu meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap keluarga kami.

Walaupun kami sekeluarga teramat sedih dengan pemergian arwah kami redha daripada arwah tersiksa menanggung derita akibat kemalangan itu. Sehingga hari ini suara arwah, gerak geri arwah terbayang-bayang dimata kami sekeluarga. Teringat semula seminggu sebelum arwah meninggal,anak-anak aku terlalu rapat dengan arwah dan arwah juga rajin melayan karenah anak-anak aku. Perubahan yang amat ketara kerana sebelum ini arwah memang seorang yang kurang bercakap dengan adik beradik.Aku juga perhatikan arwah tidak pernah merungut bila emak menyuruh sesuatu. Teringat semula kali terakhir aku makan bersama dengan arwah seminggu sebelum dia meninggal itulah kali terakhir aku bercakap dengan arwah.

Memang kalau dikenangkan terlalu banyak perubahan dan kenangan bersama arwah yang tidak dapat kami lupakan sebelum arwah meninggal. Kami sekeluarga mendoakan agar arwah berada didalam golongan orang-orang yang soleh dan beriman.Sesungguhnya dimata kami arwah seorang yang sangat baik. Arwah juga orang yang paling diharapkan didalam keluarga kerana dia orang yang paling setia dihati emak dan abah. Sesungguhnya kami amat menyayangi arwah. Al Fatihah.....Semoga rohnya dicucuri rahmat.. amin..

1 comment:

  1. ema, kadang2 kita tak perasan perubahan seseorang tu kalu dia nak meninggalkan kita semua, bila dah terjadi baru kita perasan perubahan2 tu.
    al fatihah buat arwah.

    ReplyDelete