Sunday, August 14, 2011

14 ramadhan

Cepat sungguh masa berlalu.Harini dah 14 hari berpuasa dah 14 hari juga asyik memikir apa juadah untuk berbuka. Kalau masak pun tak tau nak masak apa apalagi kalau masak kat bazar ramadhan :-) tak tau nak beli apa. Bazar ramadan sekarang ni macam-macam ada, makanan yang tak pernah ada masa bulan puasa ni kita boleh jumpa. Bagi aku lah sekurang-kurangnya seminggu sekali aku pergi bazar ramadhan ni. Kalau hari-hari mau kopak dibuatnya.Apa tidaknya masa puasa ni la nafsu mengatasi segala-galanya kalau boleh semua nak dibeli, semua sedap nampak dimata. Antara yang paling menarik minat mata memandang ialah air, berjenis-jenis air ada. Bila buka puasa kenyang minum air nak makan nasi dan yang lain-lain dah tak boleh masuk. Jadi seboleh-bolehnya sebelum ke bazar ramadhan aku fikir dulu apa yang nak di beli. Sampai bazar beli apa yang nak dibeli jer pastu terus balik tak perlu nak fikir-fikir panjang. Selain tu tak payah bawa duit banyak-banyak.Kalau tidak selagi duit tak habis selagi tu nak membeli. bercakap pasal bazar ramadhan rasanya harini memang nak pergi membeli disebabkan kemalasanuntuk memasak.. Selamat berbuka...

Wednesday, August 10, 2011

Testing!


Aku menyepi lama. Sepi tanpa coretan. Hari ini aku kembali. Selama ini aku tidak memperuntukkan masa untuk ini. Untuk hari ini esok dan hari-hari mendatang insyaalah aku mungkin akan ada masa untuk ini.

Friday, January 15, 2010

:: Panggilan Ilahi ::

Hari ini sudah 15 hari pemergian arwah adik lelaki aku yang ke 4. Pemergian arwah cukup meninggalkan kesan pada keluarga lebih-lebih lagi emak yang rapat dengan arwah.Emak yang mulanya menyangka arwah yang cuma luka-luka biasa rupanya terlalu kritikal dan terpaksa mengharung kesakitan yang tak dapat kami gambarkan.Aku tak dapat bayangkan kesakitan arwah yang menanggung kesakitan dari pukul 12 tengahari selepas kemalangan hingga saat arwah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 11 malam.Hingga saat ini aku tak dapat lupakan keadaan arwah sebelum meninggal. Mujur aku balik awal dan hati aku memang tidak tenang selepas aku mendapat berita kemalangan arwah.

Penjelasan daripada doktor pada mulanya mengatakan arwah stabil dan hanya patah kaki dan tangan tetapi apabila setelah pemeriksaan lanjut dari doktor mengesahkan arwah mengalami pendarahan dalaman yang serius akibat tulang rusuk arwah patah dan menyebabkan hati dan limpa arwah rosak disamping kedua-dua kaki dan pergelangan tangan yang patah. Selepas mendengar penjelasan doktor kami sekeluarga tidak henti-henti berdoa agar arwah dapat diselamatkan walaupun kami tahu tiada harapan buat arwah.

Akhirnya doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang hati dan limpa arwah. Walaupun selepas selesai pembedahan doktor sekali lagi mengesahkan arwah tidak dapat bertahan lama dan mungkin tiada peluang untuk hidup.Arwah mengalami pendarahan dalaman yang serius dan organ dalamannya rosak. Emak hanya mampu menangis sambil mengirimkan bacaan yasin dan kalimah syahadah ditelinga arwah. Akhirnya pada pukul 11 malam arwah menghembuskan nafas terakhir disisi kami sekeluarga melainkan adik perempuan aku yang dalam perjalan dari Segamat. Sesungguhnya semuanya terlalu meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap keluarga kami.

Walaupun kami sekeluarga teramat sedih dengan pemergian arwah kami redha daripada arwah tersiksa menanggung derita akibat kemalangan itu. Sehingga hari ini suara arwah, gerak geri arwah terbayang-bayang dimata kami sekeluarga. Teringat semula seminggu sebelum arwah meninggal,anak-anak aku terlalu rapat dengan arwah dan arwah juga rajin melayan karenah anak-anak aku. Perubahan yang amat ketara kerana sebelum ini arwah memang seorang yang kurang bercakap dengan adik beradik.Aku juga perhatikan arwah tidak pernah merungut bila emak menyuruh sesuatu. Teringat semula kali terakhir aku makan bersama dengan arwah seminggu sebelum dia meninggal itulah kali terakhir aku bercakap dengan arwah.

Memang kalau dikenangkan terlalu banyak perubahan dan kenangan bersama arwah yang tidak dapat kami lupakan sebelum arwah meninggal. Kami sekeluarga mendoakan agar arwah berada didalam golongan orang-orang yang soleh dan beriman.Sesungguhnya dimata kami arwah seorang yang sangat baik. Arwah juga orang yang paling diharapkan didalam keluarga kerana dia orang yang paling setia dihati emak dan abah. Sesungguhnya kami amat menyayangi arwah. Al Fatihah.....Semoga rohnya dicucuri rahmat.. amin..

Monday, December 14, 2009

:: dasyat ::

Hari ni last day kawan opis, ingat nk ajak pegi makan sama... rupanya dia ada janjitemu lain...kiranya semalam adalah hari terakhir kami makan sama kat Jonker Walk CP.Menu kitaorang semalam asam pedas ikan tengiri.Bagi aku asam pedas yang biasa-biasa je..boleh plak ek.Semalam hubby call time aku tengah nak makan bagitau JJ baru kat belakang Tesco tu meletup.Seram jugak aku dengar, minggu lepas aku balik beriya nak pegi tapi belum buka lagi.Tiba-tiba minggu ni kecoh meletup.Hari tu aku balik melaka x sempat plak nak pegi makan kat ikan bakar kat Parameswara.Aku cuma sempat makan kat kedai makan kat taman mini malaysia.Sedap gak makanan kat kedai tu.Lepas tu aku jalan-jalan bandar hilir.Aku rasa melaka sesak masa cuti sekolah...nak cari parking sikit punya susah. Terus hilang mood aku.Bila dah masuk shopping mall aku terus cam suam-suam kuku nak membeli.Lagi-lagi dengan budak yang susah nak dikawal bila pg shopping mall.

Hujan lebat sangat camana nak shopping

Adik Apina bz shopping

Wednesday, December 2, 2009

:: Bosan ::

Entry Bosan... Entah kenapa sejak kebelakangan ni aku bosan dan letih..banyak masa aku habiskan dekat kedai.Keadaan ni mmg tak boleh dibiarkan.Aku kene susun jadual aku dengan betul dan teratur.Keaadaan daorang pun macam tak terurus(ni kata laki aku)aku rasa betul jugak.Tapi tidaklah sampai terabai, makan minum dan pakaian masih lagi ok.

Tuesday, November 24, 2009

::Manik::


Akhirnya siap jugak manik ni setelah sekian lama berpinar biji mata aku nak menyiapkan baju ni.Saja je aku letak gambar ni macam xder keje lain nak buat.Mata ni pulak cam x boleh nak bukak, mengantuk kalau ikutkan hati mahu je aku tido kt meja aku ni.Jam besau gedabak ni lak betul2 depan mata aku.Mana tak aku nak tengok jer jam ni sambil mengira2 bila nak pukul 1.Padahal aku bukannya tak cukup tido.Tapi mata ni tetap jugak nak terlelap.Badan plak rasa cam lemah2 adakah disebabkan aku derma darah 2 hari lepas..yer2 jer aku ek.Jam sekarang baru menunjukkan 1123 am.Aku dah tak tahan sangat nak tunggu pukul 1..

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Al mubarak

Alhamdulillah akhirnya sampai juga kita ke bulan yg mulia ini...hari ni 1st day puasa masih lagi x dapt membiasakan diri untuk bangun seawal jam 4 pg... hu hu ....tapi 2 3 hari nanti ok la kot... sbb dh terbiasa...jd untuk mngelakkan dari bangun cuma minum air jer mlm kene lah siap2kan makanan apa yang patut... esoknya x yah la menggelupur nak masak...la ni tgh dok pikir apa juadah buka puasa yg pertama nanti.. mmmm... benak lak kepala otak aku nk masak apa... nak beli biasa la posa2 cam ni nafsu bukan dapat ditahan2 nampak itu ini semuanya nak.... tiba masa berbuka x larat nak memperabihkan... daripada membazir eloklah berbuka dengan ala kadar je...