Monday, December 14, 2009

:: dasyat ::

Hari ni last day kawan opis, ingat nk ajak pegi makan sama... rupanya dia ada janjitemu lain...kiranya semalam adalah hari terakhir kami makan sama kat Jonker Walk CP.Menu kitaorang semalam asam pedas ikan tengiri.Bagi aku asam pedas yang biasa-biasa je..boleh plak ek.Semalam hubby call time aku tengah nak makan bagitau JJ baru kat belakang Tesco tu meletup.Seram jugak aku dengar, minggu lepas aku balik beriya nak pegi tapi belum buka lagi.Tiba-tiba minggu ni kecoh meletup.Hari tu aku balik melaka x sempat plak nak pegi makan kat ikan bakar kat Parameswara.Aku cuma sempat makan kat kedai makan kat taman mini malaysia.Sedap gak makanan kat kedai tu.Lepas tu aku jalan-jalan bandar hilir.Aku rasa melaka sesak masa cuti sekolah...nak cari parking sikit punya susah. Terus hilang mood aku.Bila dah masuk shopping mall aku terus cam suam-suam kuku nak membeli.Lagi-lagi dengan budak yang susah nak dikawal bila pg shopping mall.

Hujan lebat sangat camana nak shopping

Adik Apina bz shopping

Wednesday, December 2, 2009

:: Bosan ::

Entry Bosan... Entah kenapa sejak kebelakangan ni aku bosan dan letih..banyak masa aku habiskan dekat kedai.Keadaan ni mmg tak boleh dibiarkan.Aku kene susun jadual aku dengan betul dan teratur.Keaadaan daorang pun macam tak terurus(ni kata laki aku)aku rasa betul jugak.Tapi tidaklah sampai terabai, makan minum dan pakaian masih lagi ok.

Tuesday, November 24, 2009

::Manik::


Akhirnya siap jugak manik ni setelah sekian lama berpinar biji mata aku nak menyiapkan baju ni.Saja je aku letak gambar ni macam xder keje lain nak buat.Mata ni pulak cam x boleh nak bukak, mengantuk kalau ikutkan hati mahu je aku tido kt meja aku ni.Jam besau gedabak ni lak betul2 depan mata aku.Mana tak aku nak tengok jer jam ni sambil mengira2 bila nak pukul 1.Padahal aku bukannya tak cukup tido.Tapi mata ni tetap jugak nak terlelap.Badan plak rasa cam lemah2 adakah disebabkan aku derma darah 2 hari lepas..yer2 jer aku ek.Jam sekarang baru menunjukkan 1123 am.Aku dah tak tahan sangat nak tunggu pukul 1..

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Al mubarak

Alhamdulillah akhirnya sampai juga kita ke bulan yg mulia ini...hari ni 1st day puasa masih lagi x dapt membiasakan diri untuk bangun seawal jam 4 pg... hu hu ....tapi 2 3 hari nanti ok la kot... sbb dh terbiasa...jd untuk mngelakkan dari bangun cuma minum air jer mlm kene lah siap2kan makanan apa yang patut... esoknya x yah la menggelupur nak masak...la ni tgh dok pikir apa juadah buka puasa yg pertama nanti.. mmmm... benak lak kepala otak aku nk masak apa... nak beli biasa la posa2 cam ni nafsu bukan dapat ditahan2 nampak itu ini semuanya nak.... tiba masa berbuka x larat nak memperabihkan... daripada membazir eloklah berbuka dengan ala kadar je...